Anak Apak: Memoir Politik Kewartawanan

Subky Abdul Latif

You are here: Home - Uncategorized - Anak Apak: Memoir Politik Kewartawanan


Anak Apak: Memoir Politik Kewartawanan

Anak Apak Memoir Politik Kewartawanan MEMOIR Politik Kewartawanan yang diberikan judul ANAK APAK membentangkan pengalaman hidup dan pahit getir penulis sebagai anak keturunan Jawa di tengah tengah masyarakat Melayu kampung ketika mula m

  • Title: Anak Apak: Memoir Politik Kewartawanan
  • Author: Subky Abdul Latif
  • ISBN: 9789673610327
  • Page: 315
  • Format: Paperback
  • MEMOIR, Politik Kewartawanan yang diberikan judul ANAK APAK, membentangkan pengalaman hidup dan pahit getir penulis sebagai anak keturunan Jawa di tengah tengah masyarakat Melayu kampung ketika mula mengenal dunia dalam kesengsaraan musim Jepun melanda Tanah MelayuMOIR ini diberi judul ANAK APAK justeru Apak mahu mendidik dan menyekolahkan saya sepertinya dan kemudian kMEMOIR, Politik Kewartawanan yang diberikan judul ANAK APAK, membentangkan pengalaman hidup dan pahit getir penulis sebagai anak keturunan Jawa di tengah tengah masyarakat Melayu kampung ketika mula mengenal dunia dalam kesengsaraan musim Jepun melanda Tanah MelayuMOIR ini diberi judul ANAK APAK justeru Apak mahu mendidik dan menyekolahkan saya sepertinya dan kemudian keluar sebagai ahli ilmu agama mengikut jejaknya menjadi Tok Guru kepada masyarakat dan ummah Tetapi saya tidak menjadi Tok Guru seperti Apak Ada sebabnya kejatuhan ekonomi, sawah tidak menjadi, getah yang menjadi sumber kemakmuran rakyat tiba tiba tidak berharga lantaran Perang Korea yang berlaku pada awal tahun 50 an.Apak tidak menjadi aktivis politik dan tidak berminat dalam dunia persuratkhabaran tetapi saya menjadi wartawan dan aktivis politik sepenuh masa.Saya terdedah dengan alam politik sejak zaman kanak kanak dan boleh memahami politik sejak remaja, tetapi tidak pernah bercadang untuk menjadi orang politik Pada saya ketika itu, adalah lebih senang hidup sebagai orang yang memahami politik tetapi tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik supaya kita disenangi oleh semua dan dapat diterima oleh semua Akan tetapi kekalahan teruk PAS di Kelantan pada hujung tahun 70 an sesudah berkuasa sejak tahun 1959 menyebabkan saya terasa seolah olah demokrasi seperti akan berakhir di Malaysia.Semoga Memoir ANAK APAK ini dapat memenuhi maksud sebuah penulisan buku berbentuk memoir dan dapat memberikan perkhidmatan dalam bidang penulisan memoir dalam persuratan Melayu untuk tatapan masyarakat Tiada apa apa yang dapat saya tinggalkan kepada masyarakat melainkan Memoir ini.

    • Free Read [Cookbooks Book] ↠ Anak Apak: Memoir Politik Kewartawanan - by Subky Abdul Latif º
      315 Subky Abdul Latif
    • thumbnail Title: Free Read [Cookbooks Book] ↠ Anak Apak: Memoir Politik Kewartawanan - by Subky Abdul Latif º
      Posted by:Subky Abdul Latif
      Published :2018-012-16T10:49:20+00:00

    One thought on “Anak Apak: Memoir Politik Kewartawanan

    1. Iman Danial Hakim on said:

      [ANAK APAK: MEMOIR POLITIK KEWARTAWANAN]Setelah beberapa bulan mensasarkan pembacaan karya sastera tanah air tanpa henti, saya berhenti sebentar dari genre karya kreatif dan beralih sebentar kepada penulisan berbentuk memoir dan autobiografi.Memoir adalah genre yang memudahkan pembaca untuk memahami sejarah dan peristiwa lalu menerusi gaya penceritaan yang santai. Perkongsian yang digarap mempunyai sentuahn peribadi, santai dan tidak berat. Anak Apak: Memoir Politik Kewartawanan. Sebagaimana jud [...]

    2. Haizir Othman on said:

      Memoir adalah salah satu sumber mudah yang boleh kita perolehi untuk belajar sejarah. Melalui penulisan memoir, sejarah yang kita baca itu akan lebih bersifat peribadi, santai dan mempunyai sentuhan kejiwaan. Ia ada kelebihan sendiri berbanding membaca sejarah dalam bentuk teks akademik. Di tangan Tuan Haji Subky Latiff, memoir jadi seperti buku cerita yang mudah dibaca. Pengalaman membacanya barang kali seperti membaca Buku Catatan Farid Badrul lebih dua puluh tahun dulu. Tuan Haji Subky Abdul [...]

    3. 'izzati Idris on said:

      Biografi dan politik adalah genre yang biasanya membosankan saya.Apatah lagi jika berkaitan dengan sejarah.Tetapi buku ini ternyata mengubah persepsi saya.Sejarah dan politik boleh jadi sesuatu yang menarik jika kena cara penceritaannya.Deskripsi penulis tentang susah payah hidup di zaman penjajah, penat lelah mereka mendapatkan kemerdekaan negara sangatlah membuka mata saya. Betapa kami 'taking for granted' kemewahan dan kesenangan hidup hari ini.Oh ya, jikalau buku teks Sejarah di sekolah dahu [...]

    4. Jiwa Rasa on said:

      Buku ini bermula lambat, tetapi berjaya menambat hati bermula di pertengahan. Rentetan peristiwa menjelang kemerdekaan dan pasca kemerdekaan digambarkan dengan sangat menarik oleh penulis.

    5. Siti Zafira on said:

      Andai sahaja saya seorang guru, ingin sekali saya wajibkan bacaan Anak Apak terhadap anak-anak murid remaja. Pertama dan terutamanya, saya ingin anak-anak murid atau generasi muda kenal dan tahu bahawa sejarah itu amatlah luas dan pentingnya dihayati. Domain sejarah tidak hanya semata-mata menyentuh tentang runtuh bangun negara atau hubungan diplomatik yang dibina. Sejarah juga diintegrasikan dengan menelusuri kisah kelahiran diri, menjadi dewasa, dan meneruskan cita-cita dalam usaha berbakti ke [...]

    6. Hana Ahmad on said:

      Kata Apak, "orang muda yang bergaul dan berkawan dengan orang tua cepat dewasa.". Fikiran dan sikapnya akan seperti orang tua juga. Jika orang muda tidak berkawan dengan orang tua, dibimbangi mudah terlajak dengan cara remaja dan anak mudanya. Bahagialah orang muda yang berkawan dengan orang tua, dan rugilah anak muda yang menjauhi orang tua. Hati aku meronta-ronta mahu merasai nikmat hidup di zaman dahulu. Merasai jerit perih orang tua kita bersekolah jauh, berbasikal beribu-ribu batu, makanan [...]

    7. Izarul Haq on said:

      i like this book good to read it shows about our national history

    8. Nurliyana on said:

      "Tidak wajar dalam dunia ini ada insan yang berkecuali. Manusia itu mesti memihak kepada kebenaran. Manusia hanya dibenarkan berkecuali ketika tidak mengetahui asal-usul sesuatu isu. Orang berotak tidak wajar kekal dalam keadaan tidak tahu. Dia mesti keluar dari alam tidak tahu. Sesudah mengetahui, dia tidak lagi boleh berkecuali. Dia mesti di pihak yang benar. "Buku ini ditulis oleh Subky Abdul Latif, penulis bergelar wartawan yang melalui zaman pra dan pasca kemerdekaan Malaysia. Ditulis dalam [...]

    9. Ammar Ibnu ziyadi on said:

      Saya mula berminat dengan tulisan Pak Subky selepas menghabiskan bacaan buku Mens Sana In Corpore Sano yang memuatkan artikel-artikel beliau yang diterbitkan dalam Harakah. Alhamdulillah meluangkan masa bersama Anak Apak adalah sesuatu yang tidak sia-sia.Perasaan bila membaca buku ini seolah-olah Pak Subky betul-betul berada di hadapan kita, menceritakan liku-liku kehidupannya semasa kanak-kanak sehingga dewasa. Pengalaman berbasikal bersama rakan-rakan dari Sitiawan ke Ipoh, berkawan dengan ana [...]

    10. Syafrizal Abu Mansor on said:

      Seronok juga membaca kisah hidup Pak Subky di dalam memoirnya. Tetapi sebelum itu saya cadangkan pembaca membaca dahulu Mens Sana In Corpore Sano tulisan Pak Subky kerana terdapat di dalamnya sinopsis buku ini. Mungkin ada yang tidak pernah membaca tulisan beliau tapi bagi saya karangan Pak Subky amat menarik yang penuh dengan kiasan, nasihat, pandangan beliau yang tajam dan juga sejarah. Selepas membaca buku ini silalah membaca Propagandis Zaman.

    11. Nur Aidawaty on said:

      saya beransur-ansur menggemari sejarah bermula dari buku ini.Buku ini menggarap kronologi sejarah di tanah melayu dengan pelbagai agenda. sejarah politik tanahair dapat digambarkan melalui pembacaan buku ini.walaupun ada yang mencemuh dan mengatakan ini bukan buku sejarah, tapi pada saya ini adalah buku sejarah yg terbaik yg pernah saya baca. ya! ini bukan buku sejarah.ia hanyalah sebuah buku memoir. tetapi bukankah memoir itu adalah sejarah kehidupan, bukan?

    12. Wan Atiee on said:

      Kisah panjang mengenai penulis yang menceritakan mengenai memori ketika beliau masih bersekolah dah disuruh untuk memasuki sekolah pondok oleh ayahnya. Saya agak tertarik tentang kisah Ah Boo didalam buku ini yang merupakan kawan kepada penulisan dan beliau juga merupakan salah seorang anak Chin peng.

    13. Jamal Ali on said:

      Anak Apak membuat saya berfikir jauh merentas zaman dan usia. Mengetahui pemikiran yang berbeza (pemikiran manusia lain), membina satu bentuk 'self-esteem' atau harga diri pada prinsipal dan kehidupan saya.

    14. Shaharuddin on said:

      Sebelum tidur, menunggu pelanggan Uber dan sambil menunggu hujan teduh di taman semasa membuat PEV. Itulah masa yang saya gunakan untuk membaca memoir ini. Sekian

    15. Kamarudin Mamat on said:

      menarik dan detail. Perlukan masa untuk menghabisinya. Berbaloi. Kadang-kadang macam baca sejarah Malaysia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *